Apa Itu Wahed Invest - Aplikasi Pelaburan Patuh Syariah

Apa Itu Wahed Invest? Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Wahed Invest. Tonton video dibawah ini untuk ketahui lebih lanjut dan saya akan ceritakan semula selepas itu.


Wahed Invest adalah satu aplikasi yang membenarkan kita untuk melabur duit kita dengan hanya menggunakan aplikasi sahaja. Langkah untuk daftar juga mudah dan anda boleh mula melabur dengan hanya RM100.

RM100 ni bukan bayaran, tapi sebaliknya duit yang kita laburkan di Wahed Invest. Ini bermakna, duit tersebut boleh dikeluarkan bila-bila masa sekiranya kita sudah tidak berminat. Walaubagaimanapun, pihak Wahed Invest ada mengenakan sedikit fee iaitu 0.79% setahun (untuk pelaburan kuran gRM500k) atau 0.39% setahun (untuk pelaburan lebih RM500k). Bayaran fee / cas perlu dibayar bulanan.

Contoh pengiraan fee Wahed Invest:


Jika baki akaun anda adalah RM1000 untuk bulan ini, anda hanya akan membayar sekitar RM0.66 bulan itu (bahagi 0.79% sebanyak 12 untuk mendapatkan yuran bulanan dan kemudian darabkan itu dengan RM1000 yang baki akaun anda [(0.79% / 12) x 1000])



Kelebihan Wahed Invest:

  1. Pelaburan yang telah disahkan patuh syariah dan dikawal selia oleh panel syariah
  2. Pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekutriti (SC)
  3. Aplikasi Investment Robo-Advisory iaitu kita hanya perlu menjawab 8 soalan yang diberikan dan kita akan dicadangkan portfolio yang bersesuaian oleh sistem Wahed Invest. Lihat jenis portfolio di sini.
  4. Pendapatan yang kompetatif sekitar 5-10% bergantung kepada portfolio yang dipilih
  5. Fee pelaburan yang rendah
  6. Duit pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa (tetapi mengambil masa 1-2 minggu untuk masuk ke dalam akaun bank)

Cara Daftar Wahed Invest dan Dapatkan Percuma RM40 [Terhad]


Pendaftaran adalah percuma tetapi anda perlu berikan detail yang lengkap. Pengesahan akaun boleh mengambil masa sehingga 2 hari bekerja. Tonton video dibawah untuk ketahui step by step cara daftar Wahed Invest.




Install aplikasi Wahed Invest disini : https://app.wahedinvest.com/referral 

Masukkan kod MOHMDF2 semasa pendaftaran untuk dapatkan RM20 (selepas anda depositkan pelaburan RM100). Kod MOHMDF2 mesti dimasukkan semasa pendaftaran, jika terlepas, tiada lagi peluang untuk masukkan kod tersebut. 

RM20 (USD5) akan dimasukkan ke dalam akaun Wahed anda selepas 30 hari.

Sekiranya ada masalah berkaitan pendaftaran Wahed Invest boleh whatsapp saya disini: https://thehaikal.info/daftarwahed 

Anda juga boleh lihat Senarai syarikat yang mendaat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia termasuklah Wahed Invest: https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=7f86bac7-8232-4b4b-a6aa-300b95583041

Pada saya, Wahed Invest adalah tempat yang sesuai untuk kita PARK duit simpanan kita selain daripada AB dan Tabung Haji. Tambahan lagi dividen yang diberikan ASB dan Tabung Haji kian semakin berkurangan, ada lebih baik kita mencari alternatif untuk mempelbagaikan pelaburan kita.


Soalan berkaitan Wahed Invest yang kerap ditanyakan kepada saya:


Satu hari boleh dapat berapa pulangan?

Wahed Invest adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Pulangan yang signifikan boleh dilihat sekurang-kurang dalam 1 bulan ke atas.

Berapa pulangan setahun?

Sejujurnya tiada siapa tahu berapa pulangan tahunan kerana ianya tidak tetap. Walaubagaimanapun, berdasarkan anggaran dan statistik pulangan tahun-tahun terdahulu, pulangan adalah dalam 5-10% setahun bergantung kepada portfolio anda.

Adakah ini scam?

Wahed Invest mendapat lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu badan yang bertanggungjawab memantau semua jenis pelaburan di Malaysia. Setakat ini tiada pelaburan SCAM yang pernah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.

Jika ada soalan lain, boleh kemukakan di ruangan komen dan saya akan cuba jawab. 😁